Wednesday, August 15, 2012

Karma

Apa yang aku buat aku dapat balik. Ya,itu lah hidup. Aku hidup semata-mata nak sakitkan hati orang. Sakitkan hati sendiri. Aku tak pernah gembirakan orang apatah lagi bahagiakan orang. Setiap keputusan yang aku buat hanya menyakitkan hati orang. Aiman,aku betul betul minta maaf dengan apa yang aku dah buat dekat hang. Hang sayangkan aku walaupun hg tak tunjuk. Ya aku tak nampak,tapi aku dapat rasa. Tapi aku bodoh. Terlalu bodoh buat keputusan yang terburu-buru. Sekarang pasti hang dah bencikan aku. Aku tak salahkan hang kalau hang benci aku. Memang aku sendiri yang buat masalah. Aku yang buat hang benci aku. Ya aku tahu aku salah. Aku minta maaf Aiman. Aku minta maaf :'( I just missed you so much.

Tuesday, May 15, 2012

:s

Minta maaf secara elok dan dengan harapan di balas elok akhirnya hanya tinggal harapan. Perlukah kita berkasar jika tidak suka sesuatu? Allah benci dengan orang yang suka marah. Yang penting tugasku untuk meminta maaf secara baik telah dilaksanakan. Kau maafkan atau tidak,itu antara kau dan Allah. 

Saturday, May 12, 2012

:'(

Dari lubuk hatiku,seikhlas hatiku,sejernih air mataku,Aku minta maaf atas segala kata-kata yang telah aku keluarkan dari mulutku,setiap perbuatanku yang menyakiti mata mu,setiap peristiwa yang terjadi antara aku di matamu. Bukan sengaja aku ingin sakiti hatimu. Tidak pernah terlantas di fikiranku. Aku sayangkan dirimu. Mungkin kau telah menjumpai penggantiku yang seribu batu lebih jauh baiknya dari aku. Aku sedar diriku. Aku seorang perempuan yang kejam dimatamu kerana sanggup meninggalkan kau dengan air mata yang berderai jatuh dari matamu serta jua aku. Aku sangat terharu pabila dapat tahu kau masih lagi menyimpan kertas yang kau potong dari aku. Aku tak pasti sama ada kau masih sayangkan aku atau kau sudah dapat lupakan diri aku sepenuh fikiranmu. Yang pasti,aku mahu kau tahu,setiap hari aku tak pernah lupa fikirkan adakah kau sudah maafkan aku dengan kesalahan yang aku lakukan kepada kau. Aku tahu tidaklah semudah itu kau memaafkanku. Tapi aku mahu kau tahu,setiap yang terjadi antara kita yang menyakiti hatiku,telah aku maafkan kesilapanmu. Begitu juga aku harap kau maafkan aku seikhlas hati mu. Aku juga mengharapkan suatu hari nanti kita menjadi sahabat kembali. Itu kerana aku masih sayangkan diri mu. Mohd Azri bin Zulhilmi. 

Friday, May 4, 2012

:)

Alhamdulillah rasa gentar didalam hatiku ini pabila mendengar namanya,melihat kata-katanya di laman sosial dan melihatnya akhirnya hilang jua. Inilah yang terbaik untuk dirinya serta aku. Percayalah setiap yang terjadi ada hikmahnya. Akanku doakan agar dia mendapat perempuan yang jauh lebih baik dari aku untuk hidupnya di masa akan datang. Begitu juga aku.

Wednesday, May 2, 2012

:|

Telahku lalui pahit getir apabila diri ini menjadi tuduhan. Dilemparkan fitnah. Apa yang mampuku lakukan melainkan hanya bersabar. Ceritera ku pada hari ini , jangan mudah mempercayai kata seseorang selain mendengarkan cerita daripada kedua-dua belah pihak. Apa yang aku hadapi dan apa yang DIA ceritakan kepada orang lain amatlah berbeza. Keadaan begini terang lagi bersuluh DIA inginkan pembelaan. Tapi,siapalah diri aku ini yang orang lain hendak percaya? DIA menjaja cerita seperti aku yang menyiksa dia. Walhal,dia yang menyiksa aku. Dia hebohkan cerita seolah-olah aku yang tinggalkan dia. Sebaliknya,dia yang minta aku tinggalkan dia untuk pergi kepada orang lain. Setelah apa yang ku lalui sepanjang hubunganku dengan DIA amatlah perit. Ya,aku akui DIA memang seorang yang amat penyayang. Ambil berat soal aku. Tetapi,sifat barannya. Sifat cemburu butanya. Sifat ketidak matangannya itu yang membuat hati aku sering dilanda gusar. Sanggupkah aku untuk selama-lamanya menanggung rasa itu sendirian ? Yang akan beransur dan menyerah kalah,itulah aku. Dalam hubunganku,jarang sekali dia yang menyerah kalah. Jika ya,ungkapan yang keluar dari mulutnya tidak pernah diungkap seikhlas hati. Jika ya,raut wajahnya tidak pernah manis. Walaupun mulutnya berkata "Aku tak marah." - "Aku okay." - "Aku tak ada apa-apa." jelas sekali terpancar munafiknya DIA membohongi aku. Sanggupkah aku bertahan untuk hari yang mendatang walaupun disulami dengan memori indah tetapi bergelumang dengan maksiat dan dosa ? 


Tidaklah diriku sekejam itu meninggalkan DIA secara mentah-mentah. Ayat yang ku keluarkan sudah cukup baik dan bagiku tidak kasar. Telah aku berulang berkali-kali redha lah dengan kententuan Illahi tentang apa yang berlaku. Sebaliknya,kata kata yang dibalas "Aku rela mati." Astagarfirullah Al-Azim. Begitu naifnya manusia apabila dikuasai diri oleh Iblis laknatullah. Salahkah diriku memutuskan hubungan ku dengan DIA kerana aku tidak mahu lagi menambah dosaku? Salahkah aku berkata-kata dengan kata-kata yang baik. Salahkah aku tinggalkan DIA kerana Allah. Setiap yang bertemu pasti akan berpisah. Setiap yang hidup pasti akan mati. Setiap yang pergi pasti akan pulang. Aku bertemu dengan DIA kerana Allah dan aku pasrah,redha berpisah dengan DIA kerana Allah juga. Kenapa harus DIA mengata bahawa diri aku tega menari di atas tangisannya? Bahawa aku buang DIA seperti sampah? Jika aku mahu akanku kutip? Hina sangatkah diriku sampai hatinya dia berkata seperti itu kepadaku? Waktu ini barulah DIA rasa apa yang ku rasa selama ini. Waktu inilah DIA rasa bahawa bermain kata denganku hanya mengundang padah. Sekali aku pegang takkanku lepas. Setiap yang ku ucapkan akan ku kotakan. Kau tak pernah tahu betapa tersiksanya hati aku bila kau tidak mengendahkan pujukan aku dulu apabila kau suruh aku pergi ke seorang lelaki yang hanya kawan bagi aku. Kau tak pernah rasa apa yang aku rasa waktu kau tidak layan aku,tidak pandang aku,sembunyikan diri dari aku hanya atas alasan kau mahu beri aku kebebasan. Kau hanya pentingkan diri kau dan mahu dilayan baik oleh aku sedangkan aku tersiksa mencari jalan untuk selesaikan masalah yang kita hadapi waktu itu. Teganya diri kau lakukan aku begitu rupa.


Sekarang,apapun kata-kata yang kau lemparkan ke aku,telah dikisahkan oleh aku. Kau boleh cerita ke orang tentang apa yang berlaku soal kita,tapi aku bersumpah kau takkan pernah cerita soal keburukan kau tentang hubungan kita. Kau hanya mahu diri kau dibela. Biarlah di dunia kau dibela oleh jutaan manusia. Tapi,di akhirat,ada Allah yang akan membela diriku. Bukanlah aku mendoakan keburukan untuk kau,tetapi biarlah balasannya setimpal dengan apa yang telah kau lakukan. Tidak pernah bersyukur oleh apa yang Allah beri. Tak terima qada dan qadar. Tak percaya takdir Allah. Biar kau rasa satu hari nanti semua balasan ini. Aku hanya mampu berdoa kau berubah dan kembali ke jalan Allah yang benar. Jujur dalam hati,masih terasa sayangkan diri kau. Berubahlah wahai cucu Adam. Berubahlah.

Tuesday, May 1, 2012

:)

"Ya Allah,Engkaulah Rabbku. Tiada Tuhan melainkan Engkau. Engkau ciptakan aku dan aku ini adalah hambaMu da aku akan mentaati titah dan amanat-Mu sekuat tenagaku. Aku berlindung dari hal-hal yang buruk yang Engkau ciptakan dan aku mengakui nikmat kurnia-Mu kepadaku serta aku mengetahui dosaku,maka ampunilah aku,kerana tiada yang mampu mengampuni dosa melainkan hanya Engkau." 


Amin Ya Rabbal Al-Amin.


Setiap detik yang berdetik tidak akan kembali. Sejarah lampau yang mendorong aku ke arah kedosaan amat ku sesali. Bukan niat di hati hendak riak,menunjuk bahawa diriku ini telah berubah. Tetapi,akan perasaan takut dan menyesal ini telah membuat aku sedar tentang kekhilafan yang telah aku lakukan. Sepanjang hidup matangku,tidak terkira dosa yang telahku lakukan. Melakukan zina. Maksiat. Diri aku kotor. Zina dimata manusia dianggap "berasmara". Maksiat dimata manusia dianggap "bersama lelaki dan perempuan melakukan sesuatu yang buruk". Dimata Allah,duduk disebelah lelaki tanpa darurat itulah zina. Dimata Allah,berseronok sesama lelaki dan perempuan itulah maksiat. Malah,lebih dari itu telah aku lakukan. Syukur Alhamdulillah Allah selamatkan aku daripada melakukan perkara yang lebih buruk. Aku terlalu banyak menanggung dosa. Doaku setiap hari tak semestinya akan dikabulkan. Solatku tak semuanya sempurna. Malah aku bukanlah manusia yang sempurna. Aku hamba Allah yang tak lepas dari melakukan kesilapan. Tak terkira sesalan yang aku sesali.


Biar dimata orang aku jelek. Biar didalam hatiku saja yang merasakan sakit hati. Setiap dugaan yang aku timpa,aku percaya itu adalah balasan dari Allah. Agar diriku kembali kejalanNya yang benar. Sesungguhnya teramat berat ujian yang aku lalui. Tapi,dengan kesabaran yang aku minta,aku berjaya melalui ujianNya. Daripada itu aku sangat yakin,bersabar itu membuahkan hasil. Terlalu banyak sabar yang aku tanam membuahkan hasil. Syukur ke hadrat Illahi setelah apa yang dikurniakan olehNya kepadaku. Tiada apa yang dapatku lakukan melainkan berdoa dan bersyukur kepadaNya. Setiap titisan air mata yang aku titiskan,balasannya senyuman yang tiada hentinya di bibirku. Sungguh aku bersykur dengan apa yang diatur oleh Allah S.W.T. Semuanya adalah yang terbaik untukku walaupun permulaan ceritaku selalu menitiskan air mataku dan amat menyilukan hati aku. Akhirnya,di akhir perjalanan ceritaku dihiasi dengan gelak ketawa dan senyuman lebar. Adilnya tentuanMu Ya Allah.