Wednesday, May 2, 2012

:|

Telahku lalui pahit getir apabila diri ini menjadi tuduhan. Dilemparkan fitnah. Apa yang mampuku lakukan melainkan hanya bersabar. Ceritera ku pada hari ini , jangan mudah mempercayai kata seseorang selain mendengarkan cerita daripada kedua-dua belah pihak. Apa yang aku hadapi dan apa yang DIA ceritakan kepada orang lain amatlah berbeza. Keadaan begini terang lagi bersuluh DIA inginkan pembelaan. Tapi,siapalah diri aku ini yang orang lain hendak percaya? DIA menjaja cerita seperti aku yang menyiksa dia. Walhal,dia yang menyiksa aku. Dia hebohkan cerita seolah-olah aku yang tinggalkan dia. Sebaliknya,dia yang minta aku tinggalkan dia untuk pergi kepada orang lain. Setelah apa yang ku lalui sepanjang hubunganku dengan DIA amatlah perit. Ya,aku akui DIA memang seorang yang amat penyayang. Ambil berat soal aku. Tetapi,sifat barannya. Sifat cemburu butanya. Sifat ketidak matangannya itu yang membuat hati aku sering dilanda gusar. Sanggupkah aku untuk selama-lamanya menanggung rasa itu sendirian ? Yang akan beransur dan menyerah kalah,itulah aku. Dalam hubunganku,jarang sekali dia yang menyerah kalah. Jika ya,ungkapan yang keluar dari mulutnya tidak pernah diungkap seikhlas hati. Jika ya,raut wajahnya tidak pernah manis. Walaupun mulutnya berkata "Aku tak marah." - "Aku okay." - "Aku tak ada apa-apa." jelas sekali terpancar munafiknya DIA membohongi aku. Sanggupkah aku bertahan untuk hari yang mendatang walaupun disulami dengan memori indah tetapi bergelumang dengan maksiat dan dosa ? 


Tidaklah diriku sekejam itu meninggalkan DIA secara mentah-mentah. Ayat yang ku keluarkan sudah cukup baik dan bagiku tidak kasar. Telah aku berulang berkali-kali redha lah dengan kententuan Illahi tentang apa yang berlaku. Sebaliknya,kata kata yang dibalas "Aku rela mati." Astagarfirullah Al-Azim. Begitu naifnya manusia apabila dikuasai diri oleh Iblis laknatullah. Salahkah diriku memutuskan hubungan ku dengan DIA kerana aku tidak mahu lagi menambah dosaku? Salahkah aku berkata-kata dengan kata-kata yang baik. Salahkah aku tinggalkan DIA kerana Allah. Setiap yang bertemu pasti akan berpisah. Setiap yang hidup pasti akan mati. Setiap yang pergi pasti akan pulang. Aku bertemu dengan DIA kerana Allah dan aku pasrah,redha berpisah dengan DIA kerana Allah juga. Kenapa harus DIA mengata bahawa diri aku tega menari di atas tangisannya? Bahawa aku buang DIA seperti sampah? Jika aku mahu akanku kutip? Hina sangatkah diriku sampai hatinya dia berkata seperti itu kepadaku? Waktu ini barulah DIA rasa apa yang ku rasa selama ini. Waktu inilah DIA rasa bahawa bermain kata denganku hanya mengundang padah. Sekali aku pegang takkanku lepas. Setiap yang ku ucapkan akan ku kotakan. Kau tak pernah tahu betapa tersiksanya hati aku bila kau tidak mengendahkan pujukan aku dulu apabila kau suruh aku pergi ke seorang lelaki yang hanya kawan bagi aku. Kau tak pernah rasa apa yang aku rasa waktu kau tidak layan aku,tidak pandang aku,sembunyikan diri dari aku hanya atas alasan kau mahu beri aku kebebasan. Kau hanya pentingkan diri kau dan mahu dilayan baik oleh aku sedangkan aku tersiksa mencari jalan untuk selesaikan masalah yang kita hadapi waktu itu. Teganya diri kau lakukan aku begitu rupa.


Sekarang,apapun kata-kata yang kau lemparkan ke aku,telah dikisahkan oleh aku. Kau boleh cerita ke orang tentang apa yang berlaku soal kita,tapi aku bersumpah kau takkan pernah cerita soal keburukan kau tentang hubungan kita. Kau hanya mahu diri kau dibela. Biarlah di dunia kau dibela oleh jutaan manusia. Tapi,di akhirat,ada Allah yang akan membela diriku. Bukanlah aku mendoakan keburukan untuk kau,tetapi biarlah balasannya setimpal dengan apa yang telah kau lakukan. Tidak pernah bersyukur oleh apa yang Allah beri. Tak terima qada dan qadar. Tak percaya takdir Allah. Biar kau rasa satu hari nanti semua balasan ini. Aku hanya mampu berdoa kau berubah dan kembali ke jalan Allah yang benar. Jujur dalam hati,masih terasa sayangkan diri kau. Berubahlah wahai cucu Adam. Berubahlah.

No comments:

Post a Comment